Taraaaa...
Kuih sagu ni mmg feveret dari kecik. Tak penah wat seniri..tiba-tiba wat seniri arsa cam menyesal selama ni dok beli ja..senang sgt2 rupanya nak wat ni.. tak caya?? hah..ni resipi dia..
Bahan-bahan:
1 cawan sagu biji kecil
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut ( putih saja )
1 sudu teh esesn rose ( tasha guna daun pandan masa merebus sagu )
sedikit garam
Cara-cara:
1. Panaskan air dan pewarna merah sehingga mendidih
2. Masukkan sagu, gaul rata
3. Kemuadian masukkan gula, gaul sehingga rata
4. Apabila adunan dah pekat sikit, tuangkan ke dalam loyang ( tasha guna loyang bulat, tak ingat brpa inci )
5. Kukus selama 20 minit
6. Bila sudah masak, sejukkan. Potong sagu dan gaul dengan kelapa parut yang dah dicampur dgn sedikit garam.
Tuan punya resipi ni cakap sagu tu boleh kacau je dalam periuk, tapi kalo kukus, sagu akan jadi berbiji-biji dan lebih sedap. ak sia-sia cuba tau. Senang kannn..
Lepas ni, boleh la wat lagi, huhu..=)
0 comments:
Post a Comment