CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday 20 January 2012

My New Home Sweet Home

Alhamdulillah.. akhirnya penantian dah berakhir.. siap jugak rumah yang kami beli tahun lepas.. actually, aku ngan husband cari rumah teres area Shah Alam.. tapi susah betul nak dapat yang berkenan di hati dengan harga yang berpatutan.. kalo ada rumah dua tingkat, besar dan murah, kat Puncak Alam sana nuunnn.. jauh la plak.. so, kami pon tukar plan, cari apartment.. Cari punya cari.. teringat la kat Suri Puteri ni..sebab masa kami kerja kat Digi HQ dulu selalu lalu kat Suri Puteri ni.. masa tu dalam pembinaan lagi.. baru naik tiang je.. huhu..

Memang kami nak cari 'service apartment' yang macam Suri Puteri ni.. nak cari yang ade kemudahan cam swimming pool, gimnasium, guard, dan yang paling best kat suri puteri ada sauna uoll.. wow!! tak sabaq nya rasa nak pindah cepat-cepat..

So..skang ni tengah nak pasang grill skit untuk keselamatan.. nak survey design kitchen cabinet yang sesuai untuk rumah tu.. beli sofa ngan kabinet TV sebab kami cuma ada dining table & set katil je skang ni.. Dah tak mau cakap banyak2 lagi.. jom la tengok pic2 yang aku baru ambil.. rumah baru aku ni..

 Pandangan dari pagar depan..

 Pondok guard yang cantik gak laa.. hehe..


Yeayy.. ni la umah aku.. umah aku tingkat 8 yer.. no. ong tuu.. =P

 Ni pandangan dari luar terus ke bilik tengah dan bilik ke-3.. yard pon nampak sikit tu haaa..

 Dapur.. kecik je.. tapi planning nak pecah pintu & window tu, nak wat kitchen cabinet smp ujung..

 Balcony..

 Pandangan dari balkoni.. supposed leh nampak masjid shah alam tau.. tp dun know y dlm ni tak nampak plak..

 Master bedroom..

Bilik air master bedroom..


 Gimnasium

 Playground si kecik tu nanti..
`

Swimming Pool..

InsyaAllah.. kalo takde apa2 problem, pertengahan bulan depan kami pindah la ke rumah baru ni.. skang ni masih menyewa kat rumah orang.. pasni dah ada rumah sendiri.. Alhamdulillah.. nanti bila dah pindah , aku akan update lagi kat sini yek.. =)

Wassalam..



Wednesday 11 January 2012

Demam Kuning atau Jaundice

As salam..

Saja2 dok belek2 gambaq lama Isaac tetiba terjumpa balik pic Isaac masa kena tahan wad sebab 'jaundice' ni.. sian sangat.. bayangkan la umur tak sampai 2 minggu, dah kena tahan kat bawah lampu cam tu.. tak pakai baju, sian.. sian..

So..untuk entri kali ni nak citer sikit pasal 'jaundice' atau demam kuning ni..

Kalu dalam Wikipedia, demam kuning ni adalah satu penyakit yang berkait rapat dengan kegagalan organ hati memproses sel darah merah. kegagalan ini mungkin disebabkan oleh:

~ kegagalan hati berfungsi ketika lahir
~ kegagalan hati disebabkan jangkitan virus     

Aku tak pasti pulak Isaac dulu apa puncanya.. tapi doktor cakap sebab ada lebam kat kepala dia because of kena vacum masa lahir.. jadi lebam tu yang menyebabkan infection agaknya.. wallahualam..

Antara simptom2 demam kuning ni pada bayi ialah kekuningan pada putih mata dan kulit bayi. Korang boleh check dengan menekan kulit bayi tu.. kalau baby tu ada demam kuning, bila tekan kulit tu, kesan tekan lambat hilang kalu aku tak silap.. lupa dah.. heheh..

Demam kuning atau 'jaundice' ni ada banyak jenis tau. Kalau nak citer panjang sangat.. letih la nak menaip.. kalau nak tau korang boleh baca kat sini yer ~ http://www.petuanenek.com/kesihatan/demam-kuning-atau-jaundice-kepada-bayi   

Apa yang aku nak share kat sini petua-petua untuk menyembuhkan demam kuning ni..

~ petua pertama ni memang dah biasa kita dengar.. jemur baby dibawah bawah cahaya matahari.. seelok-eloknya sebelum pukul 10 pagi..

~ bagi baby minum susu sekerap yang boleh.. so dat baby buang air besar dengan kerap dan kuning hilang dengan cepat

~ ade member bgtau 1 petua ni, rendam air teh, pastu bagi baby mandi air teh tu..

~ masa baby kena demam kuning, doktor dan nurse akan suruh kita berenti dari makan segala jamu.. sebab panas dan akan menyebabkan baby lambat nak baik dari demam kuning.. ada doktor yang bukan saja melarang makan jamu tapi jugak melarang pemakaian pilis, minyak kat perut dsb.. tapi mak long aku yang nurse di wad bersalin tu cakap pemakaian di luar tu tak pe.. yang kita makan dan minum tu yang kena dihentikan.. wallahualam..

~ rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa.. bilas dan bersihkan badan badan bayi dengan air rebusan..


~ parut sengkuang cina untuk mendapatkan airnya, beri bayi minum satu sudu kecil setiap hari sehingga kuning nya hilang


~ cara aku?? senang saja.. aku suruh husband aku pi kedai ubat cina, beli paket serbuk kuning khas untuk demam kuning.. serbuk tu daripada daun yang berwarna kuning.. memang kuning betul serbuk tu!! rebus serbuk tu dengan air.. biar suam then mandikan baby ngan air rebusan tu.. rasanya tak sampai 3 hari kot demam kuning Isaac dah hilang..

Isaac kena demam kuning masa minggu kedua..berlarutan sampai hari ke-19.. doktor ngan nurse cakap selalunya sampai hari ke-20 kuning akan hilang.. kalo lebih dari tu munkin penyakit serius.. bacaan kuning dia tinggi sangat masa tu.. kalo tak silap dalam 298 kot.. kena tahan wad 2 malam.. turun la kejap, pastu balik umah, naik lagi.. tapi kali aku dah takmau pi ospital dah.. tak sanggup dah tengok anak aku duduk dalam tu, tak pakai baju, mata kena tutup.. siann.. terus suruh husband beli serbuk kuning tu kat kedai ubat cina..





Hmm.. tu la.. masa Isaac baru lahir ayah dah pesan kalo demam kuning, cepat2 pi beli serbuk kuning tu, tapi konon nak percaya kat doktor la.. kalo dengar cakap ayah awal2 kan senang.. bukan nak kata doktor tak betul.. tapi doktor mungkin agak lambat memandangkan jumlah pesakit termasuklah bayi yang mendaftar di hospital tu terlalu ramai sangat..

Semoga semua dapay sedikit info dari entri ni..
Wassalam..                                                                  

Friday 6 January 2012

Doa Untuk Amalina Che Bakri

As salam..

Lately, hangatnyaaa isu tentang pelajar cemerlang Malaysia, Nur Amalina Che Bakri diperkatakan di sana sini. Klik je nama Amalina Che Bakri di search engine kat internet ni, mesti keluar gambar2 terbaru die yang boleh dikatakan 'hot' jugak la.. rasanya semua orang pon dah tengok gambar2 die tu kan.. jadi tak perlulah aku tampal gambar die kat sini yeh.. bagi menghormati permintaan Amalina dan keluarganya..

Cuma tersa sedikit terkilan apabila di wajah Amalina dan ibunya tidak rasa bersalah pun bila menjelaskan tentang gambar berpelukan Amalina dengan a guy yang dikatakan 'very close friend'. Kalo close friend pun, kita sebagai orang Islam, tak sepatutnya berpelukan sampai macam tu sekali kan..

Just that apa aku nak di 'share' kat sini, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. contohilah kejayaan cemerlang Amalina dan apa yang tak baik yang dilakukan oleh dia di sana, jadikan sempadan, buang jauh-jauh.. maybe ada hikmah disebaliknya  bukan saja untuk Amalina tapi pada kita yang melihat situasi ini juga.. maybe lepas ni kita semua lebih peka dengan isu menutup aurat dan 'culture shocked' ni kann..

Sama-sama lah kita berusaha dan berdoa supaya perkara ni tak terjadi pada ahli keluarga kita.. Bak kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam laman FB nye pagi tadi, " Kitapun tak sempurna.Semua org boleh berubah n taubat. Kitapun belum pasti sempat taubat sblm mati. Org yg sibuk betulkan dirinya, TAKDE MASA NAK CARI SALAH ORG LAIN. Drp sibuk mengata, baik kita doakan dia n semua org jadi baik."

Apa yang Amalina dah lakukan, telah banyak melukakan hati parents dan famili dia.. jangan lah kita tambah2 lagi.. Allah masih lagi memberi peluang kepadanya coz even die berkelakuan seperti itu kat UK, but all the succeed still with her. Apa lagi kita sebagai sesama manusia, give her a chance to change.. Aku pun tak nak cakap lebih2 kerana sebelum berkahwin dulu aku pun tak berhijab.. tapi Alhamdulillah selepas berkahwin, dengan bimbingan my hubby, now dah berhijab pun.. Insya Allah, maybe hidayah akan sampai pada Amalina seperti mana aku dan dia sempat bertaubat..

Khabarnya dia bakal tamat Pengajian Mei ni dan pulang dengan 'double degree'. InsyaAllah.. Doakanlah yang terbaik untuk permata negara Nur Amalina Che Bakri dan keluarganya.. =)

ABBY FANA BERTUDUNG

Dalam kecoh-kecoh pasal Amalina dah berubah ni, tak lupa jugak pada artis-artis kita yang dah 'berhijrah' dan berusaha untuk menjadi lebih baik.. yang terkini Abby Fana yang dah pun bertudung after balik dari mengerjakan haji. Alhamdulillah.. sangat happy coz pernah berdetik banyak kali di hati sebelum ni bila tengok Abby Fana di TV, "bila Abby Fana ni nak pakai tudung? Kalo pakai tudung still nampak sweet jugak ni.." tak sangka impian menjadi kenyataan akhirnya.. mungkin apa yang terfikir di hati kita tu menjadi doa untuk Abby Fana.. maybe ramai lagi di luar sana telah mendoakannya..



Manis sekali.. 

Sejak akhir-akhir ni jugak ramai artis kita yang dah bertudung, cam Raja Farah, Diana Amir, Irma Hasmie.. InsyaAllah, hopefully ramai lagi artis kita yang akan 'berhijrah' dan maybe orang-orang biasa cam kita ni yang belum berhijab akan mengikut jejak langkah artis-artis ni untuk menunaikan kewajipan menutup aurat ni kayyy..

Wassalam..


Tuesday 3 January 2012

Kompilasi Resipi Bubur Nasi untuk Bayi

As salam..

Entri kali ni nak share resipi bubur nasi yang sesuai untuk bayi & kanak-kanak. actually aku dok menari-cari resipi bubur nasi atau orang utara panggil 'moi' ni untuk nak buat kat Isaac.. Yelah.. dia dah besaq, makan pon banyak.. always cam tak cukup je.. dan dia pon cepat boring ngan makanan yang kita bagi.. So entri kali saja nak share resipi bubur nasi kat sini. 

Bubur Nasi

Segenggam beras (rebuskan menjadi bubur nasi)
10 ekor ikan segar atau ikan bilis 
1 helai daun saderi/sup

Masak ikan dan air dengan api yang kecil.
Kemudian maskkan nasi tadi dan juga daun saderi.

Bubur Puri Brokoli




Segenggam beras 
1 batang kecil dari 1 pokok brokoli
isi ikan atau ikan bilis atau ayam

Masak beras brokoli dan ikan/ayam dengan air yang banyak.
masak sehingga nasi lembut dan air kering.
Kisar sebelum makan.

Bubur Nasi dan Kurma

3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam 
2 biji kurma yang dibuang bijinya

Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping isi dada ayam
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Kukus semua bahan. Boleh juga masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas dan bila nak masak nasi tu, sebelum nasi tu kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, lepas tu tutup tudung periuk.. Biar dia kukus bersama wap nasi tadi sampai lembut.
Kemudian lenyek dan kisar semua bahan denagn sedikit air suam.

yang ni bubur nasi cara aku sendiri yang mak & tok aku dok masak bagi aku makan masa baby dolu2..

Bubur Kentang, Lobak Merah, Sawi dan Ikan/Ayam




2 sudu nasi
1/2 biji kentang kecil
2-3 hiris lobak merah
1 inci batang dan 1 inci daun sawi
7 ekor ikan bilis atau sedikit isi ayam

Masak semua bahan bersama air dengan api sederhana sehingga nasi menjadi bubur dan air sedikit kering.
Kisar atau lenyekkan bahan-bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Bubur Kentang, Lobak Merah dan Bilis Goreng

2 sudu nasi 
1/2 biji kentang kecil
2-3 hiris lobak merah
sedikit ikan bilis digoreng, kemudian ditumbuk halus

Masak semua bahan kecuali ikan bilis. Apabila sudah masak, hidangkan dan gaulkan bersama ikan bilis tumbuk tadi. yummmyy..
Bila kami adik-beradik dah besaq sikit, mak campur ngan kicap..wowww.. best lah..

Kalo sape2 ada resipi lain untuk bubur nasi, jom la share kat sini.. leh tambah koleksi resipi 'moi' untuk baby aku tu.. heheh.. =P

Wassalam..






Welcome 2012!

Alhamdulillah.. dah pon masuk tahun baru yer.. kejap je rasa kan.. bila dah masuk tahun baru ni.. mula lah nak pasang azam baru.. konon nye.. azam tahun lepas pon ada yang tak tercapai lagi.. hehe.. ~ Azam tahun ni nak kuruskan badan yang dah semakin membulat ni..hehe..dengan berpindah ke rumah baru nanti, dapat lah aku menikmati kemudahan2 kat apartment baru kami nanti.. leh swim, gym, sauna.. best nye.. tak sabaq nya.. =D ~ Azam kedua, kalo bleh nak tambah satu lagi cabang bisnes..tapi tak sure lagi bisnes apa.. tahun lepas azam nak bukak bisnes online bakery dah pun tercapai.. pas ni maybe nak cebur dalam bisnes yang aku minat dari dulu lagi.. tapi agak perlukan modal lebih sikit.. apapun memang berbeza dari bisnes aku before this.. pon tak sabaq jugak nak start..hehe.. =) Hopefully by end of this year.. sebelum masuk tahun 2013, aku berjaya capai both of my azam ni.. Aminn..

Sunday 1 January 2012

Memoir 2011


Sedar tak sedar, tahun 2011 telah melabuhkan tirainya.. dia hadir dulu dan kini akan meninggalkan kita.. kehadiran 2011 amat bermakna kerana bermulanya tahun 2011, maka bermula lah kehidupan si kecilku dalam dunia ini, bermula lah kehidupanku sebagai seorang ibu, bertambahlah tanggungjawabku dan suami.. Dan berakhirnya tahun 2011, maka genaplah usia si kecilku setahun..

Banyak peristiwa pahit dan manis yang dilalui tahun demi tahun.. tapi inilah tahun yang paling tidak mungkin aku lupakan.. 

JANUARI

Supposed aku dijangka deliver baby pada 9/1/11, just like what was planned by my husband & I.. but Isaac nak kuar awal.. nak celebrate new year with mapa & papa I guess.. so bulan Januari adalah bulan untuk aku berpantang.. dan lebih menyedihkan aku terpaksa menyambut new year 2011 ini di wad coz Isaac kena jaundice (demam kuning). Jaundice agak teruk, dok kat hospital 2 malam, balik umah jadi lagi.. last2 beli serbuk kuning kat kedai ubat cina, mandikan Isaac ngan serbuk tu baru baik..

FEBRUARI

Pantang 44 hari ku berakhir pada 3/2/11.. terus balik penang pada hari yang sama untuk buat Majlis Tahlil & Akikah untuk Isaac Mikhail. Dapat lah sedara mara kat Penang tengok Isaac. Majlis yang kecil tapi meriah kerana dapat buat akikah dan berkumpul dengan sedara semua.

MAC

  I'm back to work. Badan semakin ringan kerana 2 bulan berpantang, tapi kepala semakin pening kerana kerja yang ditinggalkan 2 bulan.. what ever it is.. kena kejar balik ape yang dah tertinggal.. a lot of company's product & promotion I need to study..

APRIL

Aku dan suami membuat keputusan paling penting dalam hidup kami.. Berhenti kerja untuk starting a business.. aku yang akan berhenti kerja dulu untuk menjaga Isaac.. I will start my home bakery & my husband will start his Nasi Kukus business.. this is very tough decision that we've made since we got marrid okay..

MEI

I'm quit from the job, where I never regret it coz my company where I worked before dah start mengarut.. dan bermula kehidupanku sebagai seorang housewife 'bertauliah' di rumah.. aku mendaftarkan perniagaan bakeri ku "Berkat Bakers Enterprise". Dah mula lah sibuk denagn order bagai sebab mase ni cuti sekolah, kenduri sana sini.. ramai la yang tempah untuk doorgift bagai.. 

JUN

Husband plak berenti keja untuk start business Nasi Kukus.. dan kami pun pindah rumah sewa untuk memudahkan keja kami.. Bisnes kami bermula dengan tidak begitu baik.. mungkin di gerai tempat suami ku berniaga tu banyak gerai-gerai lain. Mula masuk pasar-pasar malam di sekitar Klang & Shah Alam. Alhamdulillah.. mendapat sambutan..sebab takde lagi nasi kukus kat pasar malam kannn...

JULAI

Nothing special this month.. just kerja kerja kerja only.. Daftar lesen bazar ramadhan untuk bulan puasa next month.  Isaac pon dah pandai merangkak.. dan semakin galak lah dia ke sana sini dalam rumah tu..

OGOS 

Fasting month.. mula puasa dan bisnes di bazar ramadhan seksyen 7 mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.. satu hari berniaga dapat RM800.. bayangkan.. Alhamdulillah.. rezeki berniaga di bulan puasa.. 

SEPTEMBER

Raya datang lagi! yeaayyy! yang best kali aku dapat beraya kat kampung aku.. tahun lepas beraya dengan famili husband dulu pastu raya ketiga baru balik penang.. tapi kali balik sehari sebelum raya dan dok kat sana sampai seminggu.. wahhh betul-betul punya raya ni.. 1st time raya dengan baby dan beraya di kampung tercinta..walaupon takde la suasana kampung pun umah mak ayah aku tu..huhu.. best best best..

OKTOBER

Aku dan suami naik turun MBSA untuk dapatkan lesen pasar malam.. dah cari gerai, takde pulak yang kosong.. kena tahu awal tahui ni  2012 nanti.. takpe la misi skang ni nak dapat lesen pasar malam dulu.. sebab pasar malam di seksyen 18, 17, 24 selama 3 hari ni memang masyuk okay..

NOVEMBER

Isaac demam teruk untuk pertama kali sejak dia dilahirkan.. sebab dia susah sangat nak demam.. kali ni dia demam mungkin sebab nak tumbuh gigi kot.. dan akhirnyaaaa.. tumbuh lah gigi dia sebatang.. sebatang je.. tapi kecoh je mama dia ni.. hehe.. menjelang usianya 1 tahun, macam-macam yang dia dah belajar.. dia semakin bijak.. Alhamdulillah..

DISEMBER

Syukur.. hujung tahun ni kami dah dapat semua lesen pasar malam tempat kami berniaga.. Misi pertama dah selesai.. Misi kedua adalah untuk mendapatkan gerai di sekitar Shah Alam so that kami boleh mengembangkan lagi bisnes kami ni.. Last but not least.. 23/12/11 is Isaac's birthday! Penamat tahun 2011 yang paling bermakna untuk keluarga kami.. What a wonderful life.. =)

Sesungguhnya 2011 banyak memberi pengalaman yang bermakna dalam hidup ini.. Untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan penyabar.. 

Selamat Datang 2012 !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...