CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 1 January 2012

Memoir 2011


Sedar tak sedar, tahun 2011 telah melabuhkan tirainya.. dia hadir dulu dan kini akan meninggalkan kita.. kehadiran 2011 amat bermakna kerana bermulanya tahun 2011, maka bermula lah kehidupan si kecilku dalam dunia ini, bermula lah kehidupanku sebagai seorang ibu, bertambahlah tanggungjawabku dan suami.. Dan berakhirnya tahun 2011, maka genaplah usia si kecilku setahun..

Banyak peristiwa pahit dan manis yang dilalui tahun demi tahun.. tapi inilah tahun yang paling tidak mungkin aku lupakan.. 

JANUARI

Supposed aku dijangka deliver baby pada 9/1/11, just like what was planned by my husband & I.. but Isaac nak kuar awal.. nak celebrate new year with mapa & papa I guess.. so bulan Januari adalah bulan untuk aku berpantang.. dan lebih menyedihkan aku terpaksa menyambut new year 2011 ini di wad coz Isaac kena jaundice (demam kuning). Jaundice agak teruk, dok kat hospital 2 malam, balik umah jadi lagi.. last2 beli serbuk kuning kat kedai ubat cina, mandikan Isaac ngan serbuk tu baru baik..

FEBRUARI

Pantang 44 hari ku berakhir pada 3/2/11.. terus balik penang pada hari yang sama untuk buat Majlis Tahlil & Akikah untuk Isaac Mikhail. Dapat lah sedara mara kat Penang tengok Isaac. Majlis yang kecil tapi meriah kerana dapat buat akikah dan berkumpul dengan sedara semua.

MAC

  I'm back to work. Badan semakin ringan kerana 2 bulan berpantang, tapi kepala semakin pening kerana kerja yang ditinggalkan 2 bulan.. what ever it is.. kena kejar balik ape yang dah tertinggal.. a lot of company's product & promotion I need to study..

APRIL

Aku dan suami membuat keputusan paling penting dalam hidup kami.. Berhenti kerja untuk starting a business.. aku yang akan berhenti kerja dulu untuk menjaga Isaac.. I will start my home bakery & my husband will start his Nasi Kukus business.. this is very tough decision that we've made since we got marrid okay..

MEI

I'm quit from the job, where I never regret it coz my company where I worked before dah start mengarut.. dan bermula kehidupanku sebagai seorang housewife 'bertauliah' di rumah.. aku mendaftarkan perniagaan bakeri ku "Berkat Bakers Enterprise". Dah mula lah sibuk denagn order bagai sebab mase ni cuti sekolah, kenduri sana sini.. ramai la yang tempah untuk doorgift bagai.. 

JUN

Husband plak berenti keja untuk start business Nasi Kukus.. dan kami pun pindah rumah sewa untuk memudahkan keja kami.. Bisnes kami bermula dengan tidak begitu baik.. mungkin di gerai tempat suami ku berniaga tu banyak gerai-gerai lain. Mula masuk pasar-pasar malam di sekitar Klang & Shah Alam. Alhamdulillah.. mendapat sambutan..sebab takde lagi nasi kukus kat pasar malam kannn...

JULAI

Nothing special this month.. just kerja kerja kerja only.. Daftar lesen bazar ramadhan untuk bulan puasa next month.  Isaac pon dah pandai merangkak.. dan semakin galak lah dia ke sana sini dalam rumah tu..

OGOS 

Fasting month.. mula puasa dan bisnes di bazar ramadhan seksyen 7 mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.. satu hari berniaga dapat RM800.. bayangkan.. Alhamdulillah.. rezeki berniaga di bulan puasa.. 

SEPTEMBER

Raya datang lagi! yeaayyy! yang best kali aku dapat beraya kat kampung aku.. tahun lepas beraya dengan famili husband dulu pastu raya ketiga baru balik penang.. tapi kali balik sehari sebelum raya dan dok kat sana sampai seminggu.. wahhh betul-betul punya raya ni.. 1st time raya dengan baby dan beraya di kampung tercinta..walaupon takde la suasana kampung pun umah mak ayah aku tu..huhu.. best best best..

OKTOBER

Aku dan suami naik turun MBSA untuk dapatkan lesen pasar malam.. dah cari gerai, takde pulak yang kosong.. kena tahu awal tahui ni  2012 nanti.. takpe la misi skang ni nak dapat lesen pasar malam dulu.. sebab pasar malam di seksyen 18, 17, 24 selama 3 hari ni memang masyuk okay..

NOVEMBER

Isaac demam teruk untuk pertama kali sejak dia dilahirkan.. sebab dia susah sangat nak demam.. kali ni dia demam mungkin sebab nak tumbuh gigi kot.. dan akhirnyaaaa.. tumbuh lah gigi dia sebatang.. sebatang je.. tapi kecoh je mama dia ni.. hehe.. menjelang usianya 1 tahun, macam-macam yang dia dah belajar.. dia semakin bijak.. Alhamdulillah..

DISEMBER

Syukur.. hujung tahun ni kami dah dapat semua lesen pasar malam tempat kami berniaga.. Misi pertama dah selesai.. Misi kedua adalah untuk mendapatkan gerai di sekitar Shah Alam so that kami boleh mengembangkan lagi bisnes kami ni.. Last but not least.. 23/12/11 is Isaac's birthday! Penamat tahun 2011 yang paling bermakna untuk keluarga kami.. What a wonderful life.. =)

Sesungguhnya 2011 banyak memberi pengalaman yang bermakna dalam hidup ini.. Untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan penyabar.. 

Selamat Datang 2012 !

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...