CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, 6 January 2012

Doa Untuk Amalina Che Bakri

As salam..

Lately, hangatnyaaa isu tentang pelajar cemerlang Malaysia, Nur Amalina Che Bakri diperkatakan di sana sini. Klik je nama Amalina Che Bakri di search engine kat internet ni, mesti keluar gambar2 terbaru die yang boleh dikatakan 'hot' jugak la.. rasanya semua orang pon dah tengok gambar2 die tu kan.. jadi tak perlulah aku tampal gambar die kat sini yeh.. bagi menghormati permintaan Amalina dan keluarganya..

Cuma tersa sedikit terkilan apabila di wajah Amalina dan ibunya tidak rasa bersalah pun bila menjelaskan tentang gambar berpelukan Amalina dengan a guy yang dikatakan 'very close friend'. Kalo close friend pun, kita sebagai orang Islam, tak sepatutnya berpelukan sampai macam tu sekali kan..

Just that apa aku nak di 'share' kat sini, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. contohilah kejayaan cemerlang Amalina dan apa yang tak baik yang dilakukan oleh dia di sana, jadikan sempadan, buang jauh-jauh.. maybe ada hikmah disebaliknya  bukan saja untuk Amalina tapi pada kita yang melihat situasi ini juga.. maybe lepas ni kita semua lebih peka dengan isu menutup aurat dan 'culture shocked' ni kann..

Sama-sama lah kita berusaha dan berdoa supaya perkara ni tak terjadi pada ahli keluarga kita.. Bak kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam laman FB nye pagi tadi, " Kitapun tak sempurna.Semua org boleh berubah n taubat. Kitapun belum pasti sempat taubat sblm mati. Org yg sibuk betulkan dirinya, TAKDE MASA NAK CARI SALAH ORG LAIN. Drp sibuk mengata, baik kita doakan dia n semua org jadi baik."

Apa yang Amalina dah lakukan, telah banyak melukakan hati parents dan famili dia.. jangan lah kita tambah2 lagi.. Allah masih lagi memberi peluang kepadanya coz even die berkelakuan seperti itu kat UK, but all the succeed still with her. Apa lagi kita sebagai sesama manusia, give her a chance to change.. Aku pun tak nak cakap lebih2 kerana sebelum berkahwin dulu aku pun tak berhijab.. tapi Alhamdulillah selepas berkahwin, dengan bimbingan my hubby, now dah berhijab pun.. Insya Allah, maybe hidayah akan sampai pada Amalina seperti mana aku dan dia sempat bertaubat..

Khabarnya dia bakal tamat Pengajian Mei ni dan pulang dengan 'double degree'. InsyaAllah.. Doakanlah yang terbaik untuk permata negara Nur Amalina Che Bakri dan keluarganya.. =)

ABBY FANA BERTUDUNG

Dalam kecoh-kecoh pasal Amalina dah berubah ni, tak lupa jugak pada artis-artis kita yang dah 'berhijrah' dan berusaha untuk menjadi lebih baik.. yang terkini Abby Fana yang dah pun bertudung after balik dari mengerjakan haji. Alhamdulillah.. sangat happy coz pernah berdetik banyak kali di hati sebelum ni bila tengok Abby Fana di TV, "bila Abby Fana ni nak pakai tudung? Kalo pakai tudung still nampak sweet jugak ni.." tak sangka impian menjadi kenyataan akhirnya.. mungkin apa yang terfikir di hati kita tu menjadi doa untuk Abby Fana.. maybe ramai lagi di luar sana telah mendoakannya..



Manis sekali.. 

Sejak akhir-akhir ni jugak ramai artis kita yang dah bertudung, cam Raja Farah, Diana Amir, Irma Hasmie.. InsyaAllah, hopefully ramai lagi artis kita yang akan 'berhijrah' dan maybe orang-orang biasa cam kita ni yang belum berhijab akan mengikut jejak langkah artis-artis ni untuk menunaikan kewajipan menutup aurat ni kayyy..

Wassalam..


Tuesday, 3 January 2012

Kompilasi Resipi Bubur Nasi untuk Bayi

As salam..

Entri kali ni nak share resipi bubur nasi yang sesuai untuk bayi & kanak-kanak. actually aku dok menari-cari resipi bubur nasi atau orang utara panggil 'moi' ni untuk nak buat kat Isaac.. Yelah.. dia dah besaq, makan pon banyak.. always cam tak cukup je.. dan dia pon cepat boring ngan makanan yang kita bagi.. So entri kali saja nak share resipi bubur nasi kat sini. 

Bubur Nasi

Segenggam beras (rebuskan menjadi bubur nasi)
10 ekor ikan segar atau ikan bilis 
1 helai daun saderi/sup

Masak ikan dan air dengan api yang kecil.
Kemudian maskkan nasi tadi dan juga daun saderi.

Bubur Puri Brokoli




Segenggam beras 
1 batang kecil dari 1 pokok brokoli
isi ikan atau ikan bilis atau ayam

Masak beras brokoli dan ikan/ayam dengan air yang banyak.
masak sehingga nasi lembut dan air kering.
Kisar sebelum makan.

Bubur Nasi dan Kurma

3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam 
2 biji kurma yang dibuang bijinya

Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping isi dada ayam
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Kukus semua bahan. Boleh juga masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas dan bila nak masak nasi tu, sebelum nasi tu kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, lepas tu tutup tudung periuk.. Biar dia kukus bersama wap nasi tadi sampai lembut.
Kemudian lenyek dan kisar semua bahan denagn sedikit air suam.

yang ni bubur nasi cara aku sendiri yang mak & tok aku dok masak bagi aku makan masa baby dolu2..

Bubur Kentang, Lobak Merah, Sawi dan Ikan/Ayam




2 sudu nasi
1/2 biji kentang kecil
2-3 hiris lobak merah
1 inci batang dan 1 inci daun sawi
7 ekor ikan bilis atau sedikit isi ayam

Masak semua bahan bersama air dengan api sederhana sehingga nasi menjadi bubur dan air sedikit kering.
Kisar atau lenyekkan bahan-bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Bubur Kentang, Lobak Merah dan Bilis Goreng

2 sudu nasi 
1/2 biji kentang kecil
2-3 hiris lobak merah
sedikit ikan bilis digoreng, kemudian ditumbuk halus

Masak semua bahan kecuali ikan bilis. Apabila sudah masak, hidangkan dan gaulkan bersama ikan bilis tumbuk tadi. yummmyy..
Bila kami adik-beradik dah besaq sikit, mak campur ngan kicap..wowww.. best lah..

Kalo sape2 ada resipi lain untuk bubur nasi, jom la share kat sini.. leh tambah koleksi resipi 'moi' untuk baby aku tu.. heheh.. =P

Wassalam..






Welcome 2012!

Alhamdulillah.. dah pon masuk tahun baru yer.. kejap je rasa kan.. bila dah masuk tahun baru ni.. mula lah nak pasang azam baru.. konon nye.. azam tahun lepas pon ada yang tak tercapai lagi.. hehe.. ~ Azam tahun ni nak kuruskan badan yang dah semakin membulat ni..hehe..dengan berpindah ke rumah baru nanti, dapat lah aku menikmati kemudahan2 kat apartment baru kami nanti.. leh swim, gym, sauna.. best nye.. tak sabaq nya.. =D ~ Azam kedua, kalo bleh nak tambah satu lagi cabang bisnes..tapi tak sure lagi bisnes apa.. tahun lepas azam nak bukak bisnes online bakery dah pun tercapai.. pas ni maybe nak cebur dalam bisnes yang aku minat dari dulu lagi.. tapi agak perlukan modal lebih sikit.. apapun memang berbeza dari bisnes aku before this.. pon tak sabaq jugak nak start..hehe.. =) Hopefully by end of this year.. sebelum masuk tahun 2013, aku berjaya capai both of my azam ni.. Aminn..

Sunday, 1 January 2012

Memoir 2011


Sedar tak sedar, tahun 2011 telah melabuhkan tirainya.. dia hadir dulu dan kini akan meninggalkan kita.. kehadiran 2011 amat bermakna kerana bermulanya tahun 2011, maka bermula lah kehidupan si kecilku dalam dunia ini, bermula lah kehidupanku sebagai seorang ibu, bertambahlah tanggungjawabku dan suami.. Dan berakhirnya tahun 2011, maka genaplah usia si kecilku setahun..

Banyak peristiwa pahit dan manis yang dilalui tahun demi tahun.. tapi inilah tahun yang paling tidak mungkin aku lupakan.. 

JANUARI

Supposed aku dijangka deliver baby pada 9/1/11, just like what was planned by my husband & I.. but Isaac nak kuar awal.. nak celebrate new year with mapa & papa I guess.. so bulan Januari adalah bulan untuk aku berpantang.. dan lebih menyedihkan aku terpaksa menyambut new year 2011 ini di wad coz Isaac kena jaundice (demam kuning). Jaundice agak teruk, dok kat hospital 2 malam, balik umah jadi lagi.. last2 beli serbuk kuning kat kedai ubat cina, mandikan Isaac ngan serbuk tu baru baik..

FEBRUARI

Pantang 44 hari ku berakhir pada 3/2/11.. terus balik penang pada hari yang sama untuk buat Majlis Tahlil & Akikah untuk Isaac Mikhail. Dapat lah sedara mara kat Penang tengok Isaac. Majlis yang kecil tapi meriah kerana dapat buat akikah dan berkumpul dengan sedara semua.

MAC

  I'm back to work. Badan semakin ringan kerana 2 bulan berpantang, tapi kepala semakin pening kerana kerja yang ditinggalkan 2 bulan.. what ever it is.. kena kejar balik ape yang dah tertinggal.. a lot of company's product & promotion I need to study..

APRIL

Aku dan suami membuat keputusan paling penting dalam hidup kami.. Berhenti kerja untuk starting a business.. aku yang akan berhenti kerja dulu untuk menjaga Isaac.. I will start my home bakery & my husband will start his Nasi Kukus business.. this is very tough decision that we've made since we got marrid okay..

MEI

I'm quit from the job, where I never regret it coz my company where I worked before dah start mengarut.. dan bermula kehidupanku sebagai seorang housewife 'bertauliah' di rumah.. aku mendaftarkan perniagaan bakeri ku "Berkat Bakers Enterprise". Dah mula lah sibuk denagn order bagai sebab mase ni cuti sekolah, kenduri sana sini.. ramai la yang tempah untuk doorgift bagai.. 

JUN

Husband plak berenti keja untuk start business Nasi Kukus.. dan kami pun pindah rumah sewa untuk memudahkan keja kami.. Bisnes kami bermula dengan tidak begitu baik.. mungkin di gerai tempat suami ku berniaga tu banyak gerai-gerai lain. Mula masuk pasar-pasar malam di sekitar Klang & Shah Alam. Alhamdulillah.. mendapat sambutan..sebab takde lagi nasi kukus kat pasar malam kannn...

JULAI

Nothing special this month.. just kerja kerja kerja only.. Daftar lesen bazar ramadhan untuk bulan puasa next month.  Isaac pon dah pandai merangkak.. dan semakin galak lah dia ke sana sini dalam rumah tu..

OGOS 

Fasting month.. mula puasa dan bisnes di bazar ramadhan seksyen 7 mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.. satu hari berniaga dapat RM800.. bayangkan.. Alhamdulillah.. rezeki berniaga di bulan puasa.. 

SEPTEMBER

Raya datang lagi! yeaayyy! yang best kali aku dapat beraya kat kampung aku.. tahun lepas beraya dengan famili husband dulu pastu raya ketiga baru balik penang.. tapi kali balik sehari sebelum raya dan dok kat sana sampai seminggu.. wahhh betul-betul punya raya ni.. 1st time raya dengan baby dan beraya di kampung tercinta..walaupon takde la suasana kampung pun umah mak ayah aku tu..huhu.. best best best..

OKTOBER

Aku dan suami naik turun MBSA untuk dapatkan lesen pasar malam.. dah cari gerai, takde pulak yang kosong.. kena tahu awal tahui ni  2012 nanti.. takpe la misi skang ni nak dapat lesen pasar malam dulu.. sebab pasar malam di seksyen 18, 17, 24 selama 3 hari ni memang masyuk okay..

NOVEMBER

Isaac demam teruk untuk pertama kali sejak dia dilahirkan.. sebab dia susah sangat nak demam.. kali ni dia demam mungkin sebab nak tumbuh gigi kot.. dan akhirnyaaaa.. tumbuh lah gigi dia sebatang.. sebatang je.. tapi kecoh je mama dia ni.. hehe.. menjelang usianya 1 tahun, macam-macam yang dia dah belajar.. dia semakin bijak.. Alhamdulillah..

DISEMBER

Syukur.. hujung tahun ni kami dah dapat semua lesen pasar malam tempat kami berniaga.. Misi pertama dah selesai.. Misi kedua adalah untuk mendapatkan gerai di sekitar Shah Alam so that kami boleh mengembangkan lagi bisnes kami ni.. Last but not least.. 23/12/11 is Isaac's birthday! Penamat tahun 2011 yang paling bermakna untuk keluarga kami.. What a wonderful life.. =)

Sesungguhnya 2011 banyak memberi pengalaman yang bermakna dalam hidup ini.. Untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan penyabar.. 

Selamat Datang 2012 !

Saturday, 31 December 2011

Apam Polkadot ~ Projek Last Weekend

Krismas minggu lepas, sepupu aku Syuhada, melangsungkan pertunangan.. yela.. study dah abih, keja pon dah ada.. tup tup dah nak tunang kan.. dan kebetulan aku pun dapat la duit lebih sikit sebab dapat tempahan apam polkadot ni dari Syuhada. Dia tempah nak kale pink + purple sebab katanya tema baju pink putih & barang-barang hantaran semua tema pink purple.. So, dia bagi sepenuh kepercayaan kat aku untuk buat la apa saja kat apam polkadot tu asalkan tak lari dari tema pink purple tuhh..

 Ini lah apam polkadot yang dah pun dimasukkan dalam plastik panjang, 2 biji dalam 1 plastik

Semuanya siap 100 biji

Hehe..ni yang dah siap ikat ngan reben atas dulang hantaran.. aku la yang ikat reben tu..=)

Alhamdulillah.. dapat jugak rezeki di hujung-hujung minggu ni kan.. aku pun dah lama tak terima order sebab masa agak terhad kan.. tapi untuk cousin, kita tolongkan jugak.. Kepada Syuhada, Selamat Bertunang!


 Hantaran pihak perempuan

Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan

Wassalam..                                           

Friday, 30 December 2011

Minum petang ~ Kuah Durian

As salam

Semalam encik suami ada bwk blik durian..disebabkan masing-masing dah kenyang, maka tak tak terusik la durian tu.. petang ni tengok durian ni baru teringin nak makan tapi tak nak la makan buah saja.. sebab dah biasa dah makan buah gitu saja kan.. so terpikiaq la idea nak buat kuah durian ni..kalo pi rumah mak mertua, bila ada durian mesti dia buat kuah durian ni makan ngan nasi, roti or roti jala.. mula-mula nak buat kuah durian ni makan ngan kuih serabai, tapi kat rumah ni takde plak tepung beras nak buat serabai..maka tak jadi la..last2 makan ngan roti gardenia je..pon sodappp okay!

Durian ni memang sedap..isi besar & lembut sangat..

Resipi nya pon sangat senang..

Bahan-bahan: 

4 ulas durian ( nak guna lebih pon boleh, kalo durian kecil )
3 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
sedikit gula merah ( jika suka dan untuk tambah kale pada kuah durian )

Caranya: 

Masukkkan je semua bahan-bahan ni dalam periuk sehingga semua masak dan sebati. Kalo nak lagi wangi boleh tambah daun pandan. 
Kuah durian dah pon siap untuk dihidang.. Kuah durian ni sedap dimakan ketika panas ataupun sejukkan di dalam fridge.. senang kan.. =)

Okay lah.. nak sambung makan lagi.. jangan panas badan ni dah la.. pas makan ni kena minum air pangsa durian tu banyak2 nampak nyaa... heheh..

Wassalam..



Thursday, 29 December 2011

Family Gathering @ Isaac's 1st Birthday

Last Saturday, 24 Disember 2011, kami sekeluarga mengadakan parti kecil-kecilan yang hanya dihadiri famili aku & famili husband je.. memang teringin nak invite member-member- lain, tapi memandangkan apartment kami ni susah nak parking, jadi terbatal lah niat murni kami tu.. Thanks to my family yang datang far away from Penang semata-mata nak celebrate besday Isaac.. siap bawak tok aku lagi.. suke sangat.. =D

 Kek 'Candy Cartoon Chocolate Flavour' ni beli kat King's Bakery. Ingat nak beli kek kat Secret Recipe tapi kat situ takde kek ala-ala kanak-kanak & colourful cam ni..yang cam ni sesuwaiii sangat untuk Isaac.. I loikeeeee.. ngeee.. =P

Comel tak?? Hehehe.. ni keja mak & adik-adik aku la ni.. patutla petang tu shopping tak hengat sampai maghrib baru balik..rupanya pi cari binatang ni yerr..huhh..

 Menu untuk malam tu biasa je.. ada Nasi Kukus Ayam Berempah, bihun goreng, cookies, buah.. tu je.. yang penting kami masak seniri okay.. buah tu tak la..yang kami petik seniri dari pokok.. kekekek...=P Dominos Pizza pon ade tapi pic nya tak de plak.. x sempat nak snap dah licin.. order 3 large pizza tuhh..yang tu pon tak buat seniri..order delivery saja..senang keja nooo..=P

 Isaac dengan hadiah dari mak tok & Tok Ayah.. dah dapat keta baru, terus lupa kat walker lama dia tu yer..




Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan parti kecil ni.. eventhough agak kelam kabut sikit.. but anyway I was so happy coz all family members can gather kat parti besday Isaac ni.. yang penting dapat mengeratkan silaturrahim antara 2 famili.. yelah kan.. satu kat utara, satu lai kat selatan.. bila lagi nak berjumpa kannn..

Alhamdulillah.. nampak Isaac pon very happy.. walaupun dia sangat la mengantuk..sampaikan masa nak nyanyi lagu happy birthday & tiup lilin tu dia boleh nangis-nangis.. sabo je lahh... adoiiyyaaii.. rosak program yang dirancang.. huhhh..

p/s: Happy Birthday my son! Keep being cute baby boy, okay! Haha..~ Luv Mama & Papa ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...