Bahan untuk kulit tart :
500gm tepung gandum
1 ½ cawan marjerin
1 sudu besar lemak sayur ( criso )
2 sudu besar gula halus/kastor
1 biji telur
sedikit air dari peti sejuk
Bahan untuk filling kastard :
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
buah-buahan hiasan seperti kiwi, strawberry, peach, anggur dan lain2
bleh tambah coklat yang dicairkan jika suka.
Cara-caranya :
Untuk Kulit
- Gaulkan semua bahan kecuali telur seperti serbuk roti.
- Masukkan telur dan gaul rata. masukkan sedikit air dari peti ais uli sehingga menjadi doh.
- Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
- Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan tart yang sudah digriskan.
- Cucukan dgn garfu.
- Bakar selama 15-18 minit pada suhu 180C.
- Keluarkan dan sapukan cooking chocolate cair dan tuangkan adunan kastad kedalam tat dan kemudian hiaskanlah dengan hirisan -buahan yg disukai.
Untuk Filling
- Masukkan semua bahan kecuali buah-buahan hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat.
- Bila dah likat, biarkan sejuk. Masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak dan hiaslah dengan buah-buahan hiasan.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment