Buzy sangat hari ni.. dengan keje rumah lagi..dengan si kecik Isaac tu lagi..So, skang ni baru dapat berblogging dan share resipi muffin ni walaupun semalam dah janji nak upload pagi kan.. dah nak pukul 12 tgh malam baru boleh upload gambo muffin ni..
So..ni la hasilnye blueberry muffin yang resipinye diambil dari sini, ade tuka sikit je..
Ape lagi..jom la layan resipi ni.. Selamat Mencuba!
Bahan-bahan:
½ cawan mentega atau marjerin, suhu bilik
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh baking powder
sedikit garam
2 ½ cawan buah blueberry segar
2 cawan tepung serba guna
½ cawan susu segar
1. Panaskan oven 180˚c.
2. Sediakan lebih kurang 18 cawan kertas bersaiz sederhana.
3. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan ringan.
4. Masukkan telur satu per satu. Pukul hingga sebati.
5. Kemudian, masukkan esen vanilla, baking powder dan garam.
6. Masukkan tepung dan susu secara berselang-seli hingga habis.
7. Akhir sekali, masukkan buah blueberry ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.
8. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin yang telah disediakan, ¾ penuh yer..
9. Bakar 20-30 minit, atau muffin menjadi keperangan.
0 comments:
Post a Comment