Kek Gula Hangus yang baru keluar dari oven, tunggu sejuk dulu..
Kek yang dah dipotong dan siap sedia untuk di'ngap'. Emm..sedap sangat..
Tips : Bakar dengan menggunakan api bawah sahaja untuk mendapatkan sarang yang cantik. Oven kite takde yang api bawah sahaje, jadi kite gune je api atas bawah. Alhamdulillah bersarang jugak, tapi kecik-kecik je sarangnye..=)
Sesape nak cube, resipi boleh diambil di sini atau boleh layan kat bawah ni..
Bahan-bahan (6 orang) :
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan susu pekat
2 st soda bikarbonat (diayak)
4 biji telur (kite guna gred B)
2 sb mentega
Cara-caranya :
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau menjadi gelap.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Tutup api, masukkan memtega. Kacau dan ketepikan dulu, biar sejuk.
4. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang telah sejuk.
8. Perap adunan selama 3-4 jam sebelum dibakar.
9. Bakar 160-180˚c selama 1 jam.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment