Saje wat sikit dalam acuan apam, tapi tak cantik sangat apam kite
Ni adunan yang kite isi separuh loyang je sebelum kukus, tapi lepas di kukus jadi penuh
Okay, untuk sape yang teringin nak buat, boleh layan resipi ni..
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kite gune pisang montel)
3/4 cawan mentega/marjerin yang telah dicairkan & disejukkan (boleh guna minyak juga)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam
Caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan dulu.
2. Pisang dilecek halus-halus bersama baking soda dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas yang lebih besar, pukul telur bersama gula. Kemudian, masukkan mentega/marjerin/minyak, kacau sebati.
4. Masukkan tepung dan pisang tadi. Gaul rata. Boleh tambah esen vanilla jika suka.
5. Akhir sekali, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.
6. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
Senang kan.. Jangan lupa cuba resipi ni yea!
0 comments:
Post a Comment