CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday 24 June 2011

My Fudge Brownies! Sedapnye..

Salam..selamat petang semua rakan blog!
Semoga semuanye dilindungi Allah s.w.t hendaknya..
Petang jumaat ni cuaca baik je..panas elok, tak mendung..jemur baju cepat je kering kan..
Tapi bila panas2 ni..tekak still rase nak makan something la..pikir-pikir nak try resipi ape lak arini yer..
teringat la resipi brownies ni yang dah lame simpan tapi tak buat-buat jugak..
resipi aku ambil kat youtube je..tapi Alhamdulillah..menjadi brownies ku ni..
aku try jugak cari-cari brownies dari orang melayu kite tapi semuanya seboleh-bolehnya nak melembutkan brownies tu..aku tak suke..sebab yang aku tau dan pernah makan, brownies ni memang agak keras dan tak berapa lembut..tapi jangan risau brownies ni idak le keras kematu macam batu tu..hehe..memang elok-elok je..





Jom la layan resipi Fudge Brownies ni..

Bahan-bahan:

1 cawan mentega
2 cawan gula perang
4 biji telur (gred B)
1/2 sudu teh esen vanila
3/4 cawan serbuk koko
2/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan kacang walnut (jika suka

1. Mula-mula, cairkan mentega dalam satu periuk.
2. Apabila mentega dah cair, tutup api, masukkan gula dan gaul sebati (guna whisk je).
3. Masukkan telur satu per satu dan selepas itu masukkan esen vanila.
4. Masukkan serbuk koko, kemudian tepung yang telah diayak bersama baking powder.
5. Apabila sudah sebati, bakar dalam oven dengan suhu 160-180˚c selama 45 minit.

Senang sangat kannn..InsyaAllah menjadi..nest time aku nak cuba wat cheese brownies pulak..bukan ape brownies dah pass, so nak cube upgrade skill aku tambah cheese kat atas pulak yer..=)

Jangan lupe mencuba yer..!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...