CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, 20 October 2012

Turun Berat Badan Tanpa Ubat

Assalamualaikum..

Petang-petang cuaca redup nak ujan ni..terasa cam excited pulak nak berblogging.. I baru je gi swimming kat pool bawah tadi.. hmmm.. segarnya rase..pastu buat dumbell exercise pulak.. heheh.. skang ni tengah semangat nak kuruskan badan.. =)

tengah surfing-surfing, I terjumpa satu artikel ni, menarik jugak, petua kuruskan badan without any medicine or suppliment.. maybe orang-orang tua kita dah amalkan ni sejak dari dulu, tak heran lah body dorang mantap-mantap walaupun dah beranak banyak.. cara-cara ini jugak disahkan oleh pakar-pakar dunia..

Jom kite bace yer..

1. JANGAN BERLAPAR
 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
 
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
 
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
 
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
 
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
 
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
 
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.


26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
 
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
 
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
 
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
 
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
 
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Agak-agak boleh tak ikut?? InsyaAllah.. kalo ikut semua ni.. rasenye sebulan je dah boleh turun dalam 5 kg kot.. Gud Luck!!



 

Sunday, 30 September 2012

Dad's Convocation : Tahniah Ayah!

Bismillah..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, pada 22 September yang lepas telah menjadi hari bersejarah dalam diari kami sekeluarga.. coz after 3 years masuk kelas kuar kelas, masuk exam kuar exam.. ayah akhirnya tamat study dia kat Universiti Sains Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). Me & brothers balik Penang hujung minggu lepas, untuk celebrate sama2..

Alhamdulillah sekali lagi.. sekalung tahniah buat ayah tersayang dan terima kasih buat mak yang selalu di sisi ayah, support ayah di saat suka duka ayah.. susah, payah jerih ayah semasa dia belajar, hanya family yang tahu.. well, graduate when he is 62, I know my father is a very tough person. I know that he managed to adapt with people around him, most of them are youngsters.. yang actually maybe lebih muda dari kami anak2 nya sendiri.. 

The only difficulty that he's having during his study is ceteknya pengetahuan dia dalam bidang I.T.. yelah kan.. ayah I bukan dari zaman 'paperless' cam skang, semuanya online bagai.. register online, online access, website, email, facebok, messenger, etc.. so there are people out there who are willing to help & not willing to help.. but you made it ayah! Ayah tak pernah failed dalam exam nye..

Ayah berlatar-belakang Dewan Tuanku Syed Putra

Ayah & Mak

Tahniah ayah akhirnya ayah dapat jugak menggengam segulung ijazah yang menjadi impian semua orang eventhough it's after your retirement, disaksikan oleh isteri, anak2, cucu & ibu mertuanya sendiri.. berkat doa ayah & kami sekeluarga.. ini antara hadiah paling istimewa untuk ayah.. InsyaAllah next year, jika diizinkan Tuhan ayah akan sambung Master pulak.. 

Doa kami anak2 ayah, semoga ayah berjaya mencapai apa yang ayah hajati, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin..

Wassalam..

Wednesday, 19 September 2012

Apa pentingnya senaman?

Wahh.. kelaassss tajuk kali ni.. As salam semua.. ari ni saje je nak share sikit ape yang I dapat dari 'surfing2' & pembacaan I dari web & magazine2..

Okay.. let's start.. well sememangnya senaman mempunyai kepentingan & jugak memberi a lot of manfaat dari sudut kesihatan. kalo kita tgk kat recreation centre, ramai orang yang melakukan aktiviti seperti berjalan, joging & bersenam. Every aktivitti actually membuatkan jantung kita bergerak lebih aktif, bakar lemak, membentuk otot dan latihan bagi kardiovaskular.

Actually jumlah kalori yang dibakar semasa bersenam bergantung kepada faktor tertentu antaranya berat badan, jumlah olahraga yang kita buat, 'energy level' & 'metabolisme'.

Contohnya:
  • bersukan 
  • aerobik
  • gimnastik
  • berbasikal
  • berenang
  • berjalan (not less than 30 minutes 3 times daily)
  • yoga & taichi
Apa kelebihan bersenam ni??
  • memperkuatkan & meningkatkan keupayaan otot jantung serta mengurangkan bebanan jantung
  • melancarkan aliran darah & membantu meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot2 jantung
  • membantu meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenali sebagai 'high density lipo' protein (HDL)
  • membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori dalam tubuh
  • membantu mengurangkan tekanan darah
  • mengurang ketegangan yang disebabkan oleh tekanan
  • membantu kita tidur dengan nyenyak
  • menjamin kesihatan tulang
  • membantu memperbaiki emosi
  • mengurangkan risiko kencing manis & esteoporosis
 Okay.. tu la sedikit sebanyak yang I boleh simpulkan dari apa yang I baca.. InsyaAllah next entry maybe I leh share ngan u all cara senaman yang betul.. alot of us yang salah bersenam.. itu pasal la tak kurus2.. xde kesan kann... heheheh...  Wassalam..

Isaac dan 'Nebulizer'

Assalamualaikum.. 

"Tiada penyakit yang Allah jadikan yang tiada ubatnya" (Riwayat oleh Abu Hurairah)

Ini hadis yang I dapat dari plastik ubat Klinik Noor Hajar seksyen 19 Shah Alam.. pergi jumpa doktor semalam sebab  bawak Isaac coz die demam panas & nafas berbunyi kuat..
Awal pagi semalam memang die tak lena tido, asik terjaga nangis2 je.. maybe tak selesa badan panas kot.. pastu kasi ubat demam syrup tu, dengan harapan akan kebah demam tu.. tapi bila dah bangun nak pergi keja, tak kebah jugak demam Isaac, so terus call ofis mintak EL..

Dalam kol 8.30 pagi sampai Klinik Noor Hajar tapi nak dekat jam 9.00 pagi baru dapat jumpe doktor..lepas check, doktor sahkan 70% Isaac ade asma.. x pasal2 Isaac kena gune 'Nebulizer'. Apa tu?? Mula2 I pon xtau binatang apa la tu.. bila dah tgk baru tau.. alaahh, alat yang sedut2 tuk orang asma tu.. ade kuar 'wap' tu.. 

Bagi sesape yang xtau ni la rupenye 'nebulizer' tu..


'Nebulizer' ni doktor bagi pinjam, sebab Isaac kena sedut semalam waktu petang & malam.. memandangkan rumah dekat je ngan klinik, doktor pon bagi pinjam la.. pagi tadi doktor suruh datang sebab die nak check Isaac better ke tak, so bawak menda ni pulangkan sekali la.. tapi pagi tadi husband la pulak yang EL, bawak Isaac ke klinik.. husband kate lepas check doktor cakap much better than before tapi jumaat ni ade appointment lagi sebab doktor nak tengok progress Isaac.. nasib baik husband cuti ari tu.. heheh..tapi alhamdulillah.. lega bila doktor cakap Isaac is getting better..

Sian Isaac kena la pantang lepas ni.. he can't eat fruits like grape, watermelon or yang sejuk2.. but fruits like apple, durian & banana, doktor cakap boleh sebab agak panas.. no problem.. but still in moderate quantity.. dah la isaac suke fruits.. icecream pon tak leh.. ade org cakap aircond lebih baik dari kipas utk masalah asma.. tapi lupe lak nak tanya doktor.. kalo betul, nak suh install aircond lah.. heheh..

Satu lagi doktor cakap tak leh kena habuk2 & bulu kucing pon kena jaga.. alamak macam mana ni.. my parent bela kucing.. 'in-laws' pon bela kucing jugak..lagi banyak.. adoiii.. tu yang susah sikit nak elak tu.. hmm.. how ahh??? susah nak jawab ni.. =(

Wassalam..

Saturday, 15 September 2012

Dulu dan sekarang..teng teng..

Hye guys.. 

Pagi tadi godek2 balik gambaq2 lame.. tejumpe gambaq I mase tu slim giler.. fuyoo.. tapi kenapa skang macam x bpe nak slim?? heheh.. tu seniri kena jawabla.. heheh.. teringin nye nak slim ke zaman tu semula.. tapi susah betul la.. berat dulu 46-47kg je.. kalo terbabas pon smp 48kg je.. sbb balik kampung confirm makan banyak.. but after cuti sem dah masuk new sem pulon balik gi gym & swim bagai.. so back to 46kg again.. 

 Zaman anak dara & zaman study.. kuruih betoi mase ni..

 Mase baru kawen, ok lagi..


 Dalam pantang.. susut sikit sbb menyusu mase tu kot..

LEPAS PANTANG DAN SEKARANG....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Hehe.. rasenye my mum lagi slim dari I kot..

Berat skang 56 kg with ketinggian 158 cm, actually x nampak gemok sgt pon, tapi shape memang dah lari la, especially tummy & butt area..
Cane nak kurus ni.. nak exercise kerap2 susah la skang sbb dah ade anak ni.. dok google gak Herbalife, cam berminat gak.. ingat nak try bulan depan.. dapat gaji end of this month, nak order 1 set for basic program dulu.. ni yang nak kena join kelas kurus mengurus shilashower ni.. kalo ade sape2 dah try Herbalife & berkesan, jom la share kat cni.. =)

Wassalam..

Jalan-jalan Melaka

Assalamualaikum..

Last Friday, kitorg satu family gi jalan-jalan Melaka Bandaraya Bersejarah.. Hmm.. just like before, Isaac is sleeping all the way to Melaka.. elok2 smp plaza tol Ayer Keroh, die pon bangun.. sampai sana kitorg gi 'shoru' dulu kat kedai mamak Subaidah MITC.. Ya Allah.. MITC skang dah byk bangunan yer.. dah x nampak Subaidah tu.. kalo 4-5 tahun lepas Subaidah la yang paling gah kat ctu kot.. skang ni dah ade Mydin punya la besar.. ade planetarium.. dan yang paling x tahan, dah ade McD 24 jam just beside the Subaidah.. huhu.. persaingan kuat tu.. =P

Pas breakfast, kitorg masuk Zoo Melaka, saje bawak Isaac tengok binatang2 yang die selalu tgk dalam Baby TV kat channel 618 tuu.. pandai sgt dok sebut 'bear-bear' la, 'duck-duck' la.. haaahhh.. skang tgk real life punya.. comel ke tak comel cam dlm TV tu kan.. it's fun tapi penat la berjalan sbb tggu shutter nak bwk kitorg jalan, lambat sgt.. lagipon x nampak dari jarak dekat pulak kannnn..

 Isaac nak jalan seniri.. tak nak orang dukung..

 Tengok memerang.. jerit2 tgk mende tu dok berenang-renang..

Ngan bobcat kat belakang tu.. tp slack la Isaac isap puting lak mase ni..

Pas kuar zoo, nak tau gi mana?? Gi makan US Pizza kat Dataran Pahlawan.. and then.. hentam shopping kat ctu.. shopping kat VOIR Gallery tak hengat.. tapi of course la SALE giler2 time tu.. tapi abih gak la rm 100 untuk kasut 2 pasang je.. husband lagi la pulak beli suar 2 helai & baju.. hisshhh bpe la abis ari tu kann.. niat nak gi Melaka makan angin je.. jalan tempat2 dating lame2 dulu.. last2 pi shopping gakkkk... adoiyaii..

But, mmg puas hati walaupon pergi balik ari je.. just that tak syok sbb tak dan pi makan ikan bakar kat Umbai je.. ikan bakar terbaikkk punye.. takpe2 next time confirm kena singgah.. hehe.. asik ingat makan je.. camne nak kurus ni..?? 

Wassalam..






Thursday, 6 September 2012

Sian blog ni lama tak update

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog ni.. rindu pulak rasa nak mengarang.. heheh.. al maklum lah  dah keje skang ni.. dah tak banyak mase free cam dulu lagi.. kalo cuti sabtu ahad pon sibuk melayan & main ngan Isaac. selalunya ari keja kol 11 dah tido lena pon.. tapi ari ni tido lewat coz esok off, nak bawak Isaac jalan-jalan gi Melaka.. bila suggest kat husband, die terus setuju.. best Melaka ni.. zaman kami belajaq & dating dolu-dolu.. rindu sangat ni nak pijak bumi Melaka lagi..like like like..=)

Ok lah saje je ni warm up.. esok update lagi.. Wait for me Malacca!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...