CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 28 July 2013

Petua Penjagaan Badan Untuk Suri Rumah

Selamat Petang.. 

Okay.. sambil petang2 layan cucur bawang ni.. Isaac suke nyeee.. banyak die makan, maybe x pedas kot.. tp risau jugak badan I naik sebab cucur tu kan berminyak, dah masak dengan minyak yang bayak kan.. nasib baik lah skang bekerja & I parking kete pon jauh jugak nak berjalan sampai ke ofis dalam 10 minit gak lah.. itupon kire exercise jugak kan.. heheh.. 

Tp kan dulu mase x bekerja badan memang cepat sangat naik.. macam di pam2.. risau nya tahap gaban okay.. hubby pon dok complaint.. I tau ramai suri rumah kat luar sana pon ade masalah cam ni kan.. I paham sangat ok macam mana rasa stress nye u ollss.. Okay kat sini I nak share sikit petua penjagaan badan untuk suri2 rumah kat luar sana.. sumber petua ni I amik kat sini. 


A.
Ubah cara pemakanan anda yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah seperti berikut:
1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat). 


** Waktu kite makan sangat penting ok.. kalo kite kurang aktif, jgn makan selepas kol 9 mlm, sebab makanan yang kite ambil selepas waktu itu akan kekal menjadi lemak dalam badan tanpa apa2 aktiviti pada waktu malam. Biasakan diri ok..

B.
Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.


** Wat lah senaman yang simple2 je.. kalo ade treadmill kat umah.. just berjalan atas treadmill smp berpeluh pon cukup.. kalo rajin cari la video erobik kat youtube yang mudah2 untuk kite ikut yer.. sebab sebagai suri rumah yang sibuk di rumah plus anak kecik lagi sudah semestinya kite takde mase nak amik kelas erobik or sign up utk gym kan.. paham.. paham.. =)

Hopefully dapat jadi panduan suri2 rumah sekelian yer.. chaiyokk..!!


Wassalam..=)

1 comments:

Siti NurFaizah Abdullah

salam...jemput baca n follow blog sy snfaizah.blogspot.com. penjagaan kesihatan dengan vitamin Shaklee membantu kita kekal sihat dan cergas terutama ibu, isteri dan surisumah seperti sy. Vitamin yg sesuai untuk wanita,lelaki,pelajar,kanak2 dan warga emas.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...